IPOH: Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah serta merampas dadah jenis heroin berjumlah 21 kilogram di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping, Jumaat lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kedua-dua suspek berusia 41 dan 47 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak semasa berada dalam sebuah kereta Proton Waja di tepi jalan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan dalam kereta tersebut telah menjumpai guni berwarna putih yang berisi 46 bungkusan plastik lut sinar dengan setiap bungkusan mengandungi bahan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 21 kg bernilai RM 262, 275. Turut dirampas dua telefon bimbit dan sebuah kereta.
"Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis morfin dan hasil semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau kes dadah," katanya pada sidang media di IPK Perak di sini hari ini.
Mohd Yusri berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan kedua-dua suspek yang bekerja sebagai nelayan dan pembantu kedai makan dipercayai aktif dengan aktiviti pengedaran dadah sejak Februari lalu.
Menurutnya dadah yang diperoleh bekalannya daripada utara negeri ini dipercayai diedarkan di pasaran tempatan di negeri ini dan dianggarkan dadah itu boleh digunakan kira-kira seramai 20,000 penagih dadah.
Beliau berkata kedua-dua suspek direman enam hari sejak 4 Mei lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Mohd Yusri berkata kira-kira RM4.09 juta nilai keseluruhan dadah dirampas dalam pelbagai operasi sepanjang sejak Januari lalu sehingga kini.
Beliau berkata sebanyak 7,171 individu ditahan serta pelbagai dadah dirampas antaranya syabu sebanyak 54.9 kg, 1.54kg ketamin, 2.5 kg ganja serta 40.9 kg heroin sepanjang tempoh berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Mohd Yusri (kanan) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas, pada sesi sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini. - Foto Bernama
Trafik penumpang MAHB meningkat 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024
Pergerakan penumpang MAHB berkembang sebanyak 7.6 peratus kepada 11 juta pada April 2024 berbanding 10.2 juta pada bulan sebelumnya.
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Berdepan masalah jantung, Uyaina Arshad pilih bersalin secara pembedahan
Pasangan selebriti Uyaina Arshad melahirkan rasa syukur apabila dia sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Malaysia dukacita tragedi timpa Presiden Iran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir rasa hiba dan sedih di atas khabar Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Polis siasat serangan bersifat rambang atau terkoordinasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang membabitkan Ahli Parlimen sejak beberapa hari lepas adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.
Polis tahan dua lelaki, rampas dadah lebih 21kg
Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah di Jalan Medan Simpang, Simpang dekat Taiping.